CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 13, 2008

Seribu Kemaafan

Sekali lagi, kami ingin memohon seribu kemaafan.
Oleh karena sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, kami tidak dapat meng-update blog serta barangan-barangan kami yang banyak untuk dipostkan.
Kami terlalu sibuk dengan kerja seharian kami.
Dan bila ada waktu lapang pula, keadaan cuaca tidak mengijinkan kami untuk merakam barangan-barangan.
Sekali lagi, diharap kalian bersabar....
Sebarang update akan diberitahu kelak setelah kami selesai merakam barangan-barangan kami untuk tidak membuat anda ternanti-nanti akan keluaran kami.



Terima Kasih

Sunday, November 2, 2008

Maaf dipohon

Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kerana tidak dapat update blog ini serta menjawab sebarang email selama satu minggu.
Ia adalah kerana kami berada diluar kawasan KL dan tidak mempunyai sebarang talian internet.
Oleh sebab itu juga, kami tidak dapat upload barangan-barangan baru kami.
Diharap agar semua bersabar dengan barangan-barangan kami yang akan dikemaskini dan diupload di blog ini selewat-lewatnya pada hari Isnin- 3hb November.
Kesabaran anda amat dihargai.
Harap maklum.

Terima Kasih


hint: tangan???
Nantikan barangan-barangan kami!! :)

Thursday, October 23, 2008

Hi Semua!!

Selamat datang ke Toko Klasik!!
Kami masih baru lagi disini. Diharap anda semua dapat memberi kerjasama serta tunjuk ajar kepada kami.
Bagi keluaran pertama kami ini, kami hanya dapat mengeluarkan 1helai jaket serta 4helai pakaian atas(Tops) untuk anda miliki. Ini adalah kerana kami ini sangat cerewet dalam memilih barangan kami dan hanya mahukan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami.
Pakaian-pakaian ini adalah pakaian terpakai, tetapi didalam keadaan yang masih baik.
Hanya satu pakaian sahaja yang mempunyai sedikit cacat cela yang tidak dapat kami elakkan.
Jadi, keluaran pertama kami ini sudah semestinya bukan bagi mereka yang cerewet kerana bimbang jika ianya tidak akan memuaskan individu berkenaan.
Salam akhir dari kami,
Semoga anda dapat menikmati keluaran pertama kami ini dengan rasa gembira! :)


Terima Kasih

T004

AVAILABLE
RM25



*corak yang terdapat pada collar & warna sebenar*




Kemeja ini kelihatan sungguh klasik dengan corak yang ada pada collarnya serta corak lipatan pada bahagian hadapan kemeja ini.
Ia mungkin tampak formal bagi sesetangah individu apabila dikenakan dengan high-waisted skirt atau slacks, akan tetapi, ianya juga boleh dijadikan kasual jika anda mengenakannya dengan skinnies dan dipakai high-waisted belt dan unbutton the top buttons.
Nah, kan lebih mudah dan bagus?
Anda boleh mengenakan kemeja ini ke 2majlis yang berbeza!

Fits UK6-14


PERINGATAN!!!
Terdapat sedikit cacat cela pada bahagian lengan tangan kiri.
Gambar akan diupload nanti.

T003

Sold to Mas
RM25



*tidak termasuk pakaian dalam, celana pendek & kasut*


*imej dekat butang*


*material & warna asal*


Kemeja berlengan pendek ini adalah salah satu kegemaran kami!
Dari materialnya yang tebal tetapi lembut, hinggalah ke butangnya yang tampak begitu klasik, serta tidak dilupakan potongannya yang sangat unik.
Ianya sesuai dipadankan dengan celana panjang untuk ke pejabat mahupun dengan celana atau skirt pendek bagi acara kasual atau sekadar bersantai bersama rakan-rakan.
Anda juga boleh memakai pakaian dalam dan menjadikannya ala-ala jaket atau butangkan sahaja kesemua butangnya untuk tampil lebih formal.

Fits UK4-UK10

T002

Reserved
RM25


*tidak termasuk tas tangan,tali pinggang, skirt & kasut*



*warna sebenar lebih pekat*


Kemeja ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Dari corak, rekaannya serta warnanya yang terang dan tidak mudah untuk dijumpai pada hari ini.
Terdapat span pada bahagian bahu kemeja ini.
Anda boleh meng-alter sendiri pakaian ini dan menjadikannya lebih trendy dan sesuai untuk saiz badan anda (jika kemeja ini terlalu besar).
Anda boleh mencabut span pada bahu, potong lengannya serta mengecilkan bahagian pinggang kemeja ini supaya bentuk badan anda lebih terserlah.
Ini hanya ide dari kami sahaja.
Jika anda lebih gemarkan yang asli, apa salahnya?
Anda lebih bijak untuk menilai imej anda sendiri!
:)

Fits UK8-UK12

T001

AVAILABLE
RM25

*tidak termasuk tali pinggang, celana/seluar dan tas tangan*



*warna & permukaan sebenar*


Material kemeja panjang ini adalah lembut dan sangat selesa untuk dipakai.
Sama ada anda suka memakainya dengan butang paling atasnya ditutup untuk nerdy look, atau butangnya dibuka untuk tampak lebih seksi, itu terpulang kepada imej yang ingin ditonjolkan setiap individu.
Corak bunga-bungaan hitam yang terdapat pada kemeja ini menonjolkan lagi ciri-ciri klasik yang ada.

Fits UK6-UK10